Posts

SUMBER RUJUKAN

1) https://ecentral.my/cara-memupuk-perpaduan-kaum/ 2) https://www.irujukan.my/perpaduan-kaum/ 3) https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-untuk-memupuk-perpaduan-kaum.html 4) https://www.studocu.com/my/document/ucsi-university/managerial-accounting/cara-cara-memupuk-perpaduan-kaum/26898231 5) https://karangan.net/perpaduan-kaum-di-malaysia/

AHLI KUMPULAN

Image
  NUR FATNIN IZZATI BINTI ALUWI 04DIN23F1007 NUR AIN QISTINA BINTI HAMALIKI 04DIN23F1006 NUR JAMILAH BINTI JA'AFAR 04DIN23F1021 ANIS AISYAH BINTI AFFDILAH 04DIN23F1021

PENDAHULUAN

 Di negara kita, kita mempunyai banyak kaum, antaranya Melayu, Cina dan India. Dalam sejarah Malaysia, satu peristiwa tragis yang melibatkan perkauman berlakupada   13   Mei   1969,   rusuhan   kaum   dan   kemuncak   isu   perpaduan   Malaysia.   Iamerampas jiwa, harta benda dan perpaduan negara kita. Kejadian ini berlaku keranaketidakadilan, tidak bergaul dengan kaum lain, tidak tahu budaya dan agama kaumlain, dan kurang rasa hormat. Dalam dalil tersebut juga terdapat pernyataan tentangkepentingan perpaduan dalam sesebuah negara iaitu "Perkataan perpaduan disebutsebanyak 534 kali dalam al-Quran. Perpaduan dan pertuturan berpecah. TerdapatSurah yang dimulakan dengan Ha-Mim ada 7 bermula dengan surah ke 40 hingga45   (Surah   Ghafir,   Surah   Fussilat,   Surah  Al-Syura,   Surah  Al-Zukhruf,   ...

ISI 1: MELALUI AKTIVITI KEMASYARAKATAN

Image
 Penganjuran aktiviti kemasyarakatan dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara kita. Menerusi aktiviti kemayarakatan seperti aktiviti gotong-royong, masyarakat dapat memupuk semangat bekerjasama, bak kata pepatah “bagai aur dengan tebing.”  Aktiviti sebegini mampu membuka ruang serta komunikasi yang lebih baik antara jiran tetangga. Pada masa yang sama, salah satu aktiviti lain yang dijalankan iaitu rumah terbuka yang merupakan aktiviti kemasyarakatan yang penting untuk dijalankan.  Rumah terbuka merupakan kaedah memupuk perpaduan yang efektif kerana dapat mendedahkan masyarakat kepada keunikan adat resam kaum lain. Secara tidak langsung, persefahaman antara kaum dan huhungan erat dapat diwujudkan seperti pepatah ada menyebut “bagai isi dengan kuku” dapat dijalinkan.  Dengan perkataan lain, aktiviti kemasyarakatan merupakan saluran yang paling berkesan untuk memupuk perpaduan kaum.

ISI 2: PERANAN KERAJAAN

 Pihak kerajaan juga perlu memainkan peranan yang penting dalam memupuk perpaduan kaum. Antara aktiviti atau usaha yang boleh dijalankan adalah melalui kempen atau mengadakan ceramah perpaduan kaum. Ini bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan perpaduan kaum di dalam negara.  Kerajaan juga boleh mengadakan pelbagai program lain bagi menarik minat generasi muda terhadap perpaduan kaum. Sebagai contoh, pihak kerajaan boleh menganjurkan pertandingan membuat video atau poster dan memaparkannya melalui media massa dan media sosial. Ini kerana media sosial pada masa kini banyak digunakan oleh generasi muda untuk mendapatkan maklumat dan sebagainya.  Dengan ini dapat menguatkan lagi hubungan antara dengan kaum laindan merasa dihargai apabila melihat video dan poster yang dibuat .

ISI 3: PENDIDIKAN PARA GURU DI SEKOLAH

Image
 Pihak sekolah melalui guru-guru perlu sentiasa berterusan dalam mendidik pelajar-pelajar mengenai perpaduan kaum. Ini supaya pelajar mengetahui kepentingan memupuk perpaduan kaum di dalam negara.  Misalnya, guru-guru pendidikan moral boleh mengadakan aktiviti kumpulan dan membahagikan pelajaran dalam kumpulan yang mempunyai kaum yang berbeza untuk menghasilkan poster perpaduan kaum. Ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama pelajar yang berbeza kaumnya.  Hakitatnya, guru-guru haruslah mendidik pelajar tentang perpaduan kaum di sekolah di usia yang muda , dengan ini ia dapat menghormati kaum lain .

ISI 4: DIDIKAN OLEH IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK

 Ibu bapa memainkan peranan dalam mendidik anak-anak sejak kecil lagi. Ini kerana ibu bapa merupakan suri teladan dan menjadi contoh terbaik dalam mendidik anak-anak.  Misalnya, ibu bapa boleh mendidik anak supaya mengenali dan menghormati kawan-kawan mereka yang terdiri daripada berbilang kaum.  Dalam hal ini, anak-anak akan memahami budaya berbilang kaum dan dapat mengelakkan perselisihan faham antara kaum. Jelaslah bahawa, ibu bapa haruslah mendidik anak-anak mereka sejak kecil lagi seperti bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya .