ISI 1: MELALUI AKTIVITI KEMASYARAKATAN
Penganjuran aktiviti kemasyarakatan dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara kita. Menerusi aktiviti kemayarakatan seperti aktiviti gotong-royong, masyarakat dapat memupuk semangat bekerjasama, bak kata pepatah “bagai aur dengan tebing.”
Aktiviti sebegini mampu membuka ruang serta komunikasi yang lebih baik antara jiran tetangga. Pada masa yang sama, salah satu aktiviti lain yang dijalankan iaitu rumah terbuka yang merupakan aktiviti kemasyarakatan yang penting untuk dijalankan.
Rumah terbuka merupakan kaedah memupuk perpaduan yang efektif kerana dapat mendedahkan masyarakat kepada keunikan adat resam kaum lain. Secara tidak langsung, persefahaman antara kaum dan huhungan erat dapat diwujudkan seperti pepatah ada menyebut “bagai isi dengan kuku” dapat dijalinkan.
Dengan perkataan lain, aktiviti kemasyarakatan merupakan saluran yang paling berkesan untuk memupuk perpaduan kaum.
Comments
Post a Comment