Di negara kita, kita mempunyai banyak kaum, antaranya Melayu, Cina dan India. Dalam sejarah Malaysia, satu peristiwa tragis yang melibatkan perkauman berlakupada 13 Mei 1969, rusuhan kaum dan kemuncak isu perpaduan Malaysia. Iamerampas jiwa, harta benda dan perpaduan negara kita. Kejadian ini berlaku keranaketidakadilan, tidak bergaul dengan kaum lain, tidak tahu budaya dan agama kaumlain, dan kurang rasa hormat. Dalam dalil tersebut juga terdapat pernyataan tentangkepentingan perpaduan dalam sesebuah negara iaitu "Perkataan perpaduan disebutsebanyak 534 kali dalam al-Quran. Perpaduan dan pertuturan berpecah. TerdapatSurah yang dimulakan dengan Ha-Mim ada 7 bermula dengan surah ke 40 hingga45 (Surah Ghafir, Surah Fussilat, Surah Al-Syura, Surah Al-Zukhruf, Surah Ad-Dukhan, Surah Al-Jadthiyah dan Surah Al-Ahqaf)”
Pada era globalisasi ini, perpaduan kaum tidak boleh dipandang ringan oleh semua golongan masyarakat. Hal ini demikian kerana perpaduan kaum amat penting dalam memajukan negara kita. Rakyat negara yang tidak mempraktikkan semangat perpaduan akan menjejaskan ekonomi negara mereka akibat suasana yang tidak aman dan berpecah belah. Oleh kerana itulah, masyarakat kita mestilah memupuk perpaduan kaum. Memupuk kemakmuran dalam masyarakat majmuk adalah suatu proses yang kompleks namun penting untuk mengekalkan kesejahteraan semua kaum. Masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik, budaya, dan agama. Dalam konteks ini, kemakmuran merangkumi kestabilan ekonomi, kesaksamaan sosial, keamanan, dan kesedaran antara budaya .
Untuk mencapai matlamat ini, pelbagai strategi dan pendekatan yang inklusif dan bersepadu perlu digunakan. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat memupuk kemakmuran dalam masyarakat majmuk agar kesejahteraan dapat dikekalkan ?
Comments
Post a Comment