KESIMPULAN



 Sebagai intihan, dapatlah disimpulkan bahawa keamanan dan kemakmuran sesebuah negara perlulah bergantung kepada perpaduan kaum di Malaysia. Pelbagai pihak harus bergerak sederap, sela sekata dalam iltizam mencapai hasrat keharmonian dan perpaduan negara bak kata pepatah bulat air kerana pembentung , bulat manusia kerana muafakat, 

Perpaduan kaum merupakan suatu misi yang amat penting agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju ke arah pembentukan negara bangsa dan menjadi sebuah negara yang mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara- negara maju. Rakyat adalah aset negara yang paling bernilai dalam pembinaan negara yang berbilang kaum.Selain itu, dengan bekerjasama dapat mengelakkan daripada berlakunya kejadian 13 Mei 1969 iaitu yang berpunca kerana tidak wujudnya sifat bertolak ansur dan  tiada persefahaman antara satu sama lain.

Oleh itu, negara Malaysia berjaya mendapatkan kemerdekaan dengan wujudnya kerjasama antara pelbagai kaum untuk mendapatkan kemerdekaan negara tanpa mengira perbezaan warna kulit.

Comments

Popular posts from this blog

AHLI KUMPULAN

ISI 3: PENDIDIKAN PARA GURU DI SEKOLAH

SUMBER RUJUKAN